. CARA NAK MASUKKAN & EDIT MENU DI LINKBAR | TUTORIAL BLOGGER @ DQIS ONLINE

Tuesday, March 30, 2010

CARA NAK MASUKKAN & EDIT MENU DI LINKBAR

mudah saja tapi kena sabar ye... :) jom follow step by step


TAMBAH MENU DI LINKBAR

  • DASHBOARD >> LAYOUT >> PAGE ELEMENT >> LINKBAR [edit]
  • apabila klik Edit pada LINKBAR, akan keluar window seperti di atas CONFIGURE LINK LIST
  • lihat pada bulatan merah.. masukkan NEW SITE URL (alamat page yang ingin kita pointkan) & NEW SITE NAME (tajuk @ menu) dan apabila selesai klik ADD LINK.
  • sila scroll ke bawah untuk cara mengisi NEW SITE URL

EDIT MENU DI LINKBAR 
 
  • Untuk EDIT MENU LINKBAR SEDIADA, sila klik pada ruangan dalam bulatan. Pilih menu mana yang ingin di edit. Boleh edit NAME & URL. Klik pada butang EDIT dan win seperti dibawah akan dipaparkan
  • anda boleh EDIT NAME & URL mengikut citarasa penampilan anda dan klik SAVE apabila selesai.
  • sila scroll kebawah untuk cara memasukkan URL

CARA UNTUK MEMASUKKAN NEW SITE URL & EDIT URL (sama kaedah)
  • Setiap menu contohnya PRODUK perlu ada entry @ postnya tersendiri. Dimana apabila kita klik pada MENU PRODUK, secara automatik akan dipaparkan perihal tentang semua produk yang kita ada.
  • Setiap entry @ post MESTI mengandungi URL. 
  • Kebiasaannya URL yang digunakan boleh diambil melalui 2 cara :
    • Mengunakan URL entry / post anda
      • apabila menggunakan URL entry / post, bila kita klik pada menu : hanya akan keluar paparan tentang ENTRY / POST itu sahaja
    • Mengunakan URL daripada LABELS
      • jika guna URL daripada LABELS, apabila kita klik pada menu, SETIAP ENTRY dibawah LABELS berkenaan akan dipaparkan dalam 1 halaman. contoh, jika kita ada entry dibawah labels BLOG : apabila kita klik pada menu BLOG di linkbar... semua entry dibawah labels blog tadi akan dipaparkan (contoh di sini klik pada menu blog)
 
CARA MENDAPATKAN URL untuk ENTRY / POST

  •  DASHBOARD >> POSTING >> EDIT POSTS
  • lihat pada bulatan berwarna kuning di atas, pilih tajuk yang ingin dijadikan menu dan klik VIEW
  • paparan entry yang dipilih akan keluar seperti dibawah
  • lihat pada bulatan berwarna merah di atas. itu adalah URL untuk entry yang telah dipilih.
  • copy URL tersebut dan paste kan di NEW SITE URL (add menu) atau di URL (edit menu) seperti gambar di atas sekali.

CARA UNTUK MENDAPATKAN URL bagi LABELS
  • DASHBOARD >> POSTING >> EDIT POSTS
  • Lihat pada bulatan kuning di atas. Itu adalah menu yang ada dalam LABELS. 
  • Klik pada LABELS yang ingin dijadikan menu
  • paparan berikut akan keluar
  • semua tajuk untuk entry dibawah LABELS yang dipilih akan dipaparkan.. klik VIEW untuk melihat keseluruhan entry berkenaan seperti dibawah
  •  lihat bulatan dlm gambar di atas. Klik pada LABELS tersebut untuk mendapatkan URL 
  • nahhh.. dah pun dipaparkan URL bagi LABELS yang dipilih. 
  • copy URL tersebut dan paste kan di NEW SITE URL (add menu) atau di URL (edit menu) seperti gambar di atas sekali.

SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment

soft touch; by DQis Online 2010

Back to TOP